Monday 24 October 2011

TaHuKaH AndaAA????


Perkataan “ alikimia” diambil daripada bahasa arab dan diubah ke dalam bahasa inggeris dengan panggilan “ alchemy”. Kini ianyanditakrifkan sebagai “ bidang ilmu yang berkenaan dengan pnukaran barang zahir-bahan kimia berbentuk gas, cecair atau pepejal– melaui tinak balas antara bahan atau penukaran kandungan kimia melaui proses penceraian / pencernaan”.

Ilmu kimia kini telah berkembang begitu pesat. Barat mampu mengembangkan ilmu tersebut untuk meraih berbagai kemajuan. Miskipun sebenarnya, pada mulanya ilmu kimia dirintis oleh sarjana Islam dalam bidang tersebut, seperti Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, yang di negeri Barat lebih akrab dipanggil dengan sebutan Ibnu Geber.




Tokoh Kimia Islam:

1. Jabir/Gaber Ibn Hayyan (750-803 Masihi) 
Beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid beliau digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa Kimia
.
Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir.Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai "Korpus Jabir".

Sumbangan beliau
Menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris.

Beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penghuraian bahan kimia.

iii. Mengemukakan kaedah percubaan sains.
Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain.

iv. Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin. 


Karya beliau
Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia antaranya :

i. Kitab Al-Kimya
Kitab ini telah diterjemahan dan diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy

ii. Kitab Al-Sab'een
Kitab ini telah diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury.
Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuwan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah.Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh besar kepada evolusi ilmu kimia moden.



2. Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M)
Belau menghasilkan "Kitab al-Asrar" dan "kitab Sirr al-Asrar" serta "al-Madkhal al-Thalim" yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah :
i. Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

ii. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.
iii. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi.


3. Al-Kindi (875M) 
Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800 Masehi.Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Beliau sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.
dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal.
membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan.

4. Abbas Ibn Firnas 
Bliau telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain.

5. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib 
Beliau pula menyusun kitab "Manafi al-Ahjar" yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.

~kimia is easy, and to0 easy~

0 comments:

Shoutbox







ShoutMix chat widget
 
Powered by Blogger